Sunday 9 March 2014

Don't Judge A Book By Its Cover!!! :D

Tetiba malam2 ni teringat dekat Ayong, kakak kawan Iena. Dia friendly sungguh. Dahlah banyak mulut, so senanglah nak sembang dengan dia walaupun Ayong dah form 5, tua 2 tahun dari Iena. Hari jumaat hari tu, stay dekat rumah kedai mak Ayong sekejap. Banyak jugaklah benda yang kitorang sembang. Paling banyak kitorang sembang pasal sorang kawan Ayong ni. Sebelum ni, Iena tak berapa suka dengan dia sebab tiap2 kali Iena jumpa dia mesti dia tengah sembang dengan budak lelaki. Bila sembang dengan Ayong, barulah kenal hati budi kawan Ayong ni. Kawan Ayong ni memang tak pakai tudung labuh sangat, tapi aurat dia, dia tutup sempurna. Ayong cerita yang dalam ramai2 kawan Ayong, kawan dia yang sorang ni je selalu nasihatkan Ayong. Bila Ayong sembang2 dengan lelaki, kawan dia ni selalu ingatkan Ayong jangan over sangat. Ayong kata kawan dia ni jenis pendiam & pemalu. Dengan budak lelaki kelas dia pun dia jarang tegur. Selalunya bila Iena nampak dia dengan lelaki lain rupa2nya budak2 lelaki tu yang nak menggatal dengan dia. Ya Allah, rasa berdosa sangat sebab tuduh dia sembarangan.
Bila Iena renung2kan balik, memang betul orang cakap, 'Don't judge a book by its cover'. Kita memang tak boleh nilai seseorang tu dari penampilan dia je. Tak semestinya orang yang tudung labuh sangat tu baik sangat dan tak semestinya orang yang pakai tudung cukup2 lepas paras dada tu tak baik. Kadang2 ada orang yang tudung labuh sangat2 tu, dia sosial sangat. Sembang dengan lelaki 'semberono' je. Siap ada yang ber'couple' lagi. So, kesimpulannya, kita kena kenal seseorang tu lebih mendalam sebelum nilai dia. Ok, tu pengajaran untuk diri Iena sendiri..

No comments:

Post a Comment