Wednesday 6 November 2013

Ujian Tanda KasihNya

 
Allah tahu hatimu perit menahan luka,
Allah mendengar doa-doa & tangisanmu meminta,
Namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya,
Tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanmu yang terbaik,
Walau sebenarnya kamu yang tidak menyedari,
Bukan senang untuk pasrah dan redha,
Hati perlu kuat dan tabah.
Terkadang tiada siapa sangka, terkadang tiada siapa tahu. Apa yang telah Dia rencanakan. Mungkin ia manis. Mungkin juga pahit.
 
Tapi, ketahuilah hakikat Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu yang terbaik. Yakinlah dengan sifat adil Allah. Al-Adil adalah salah satu daripada asma Allah. Itu aqidah yang mesti kita hayati. Allah Maha Adil. Ujiannya sesuai dengan kemampuan seseorang.
 
Setiap orang ada ujian masing-masing. Seorang pun tidak akan terkecuali. Allah timpakan ujian bersama jalan penyelesaian. Kita yang perlu belajar menghadapinya dengan tabah.
 
Apabila didatangi masalah, hadapilah dengan tenang dan tabah. Berfikir positiflah terhadap setiap masalah yang menimpa kerana itu bukti cinta Allah pada kita. Kita harus bijak merungkaikan permasalahan yang berserabut di fikiran satu per satu. Yakinlah setiap satu masalah yang menimpa, Allah datangkannya bersama seribu satu masalah.