Wednesday 16 April 2014

Duhai Ayahanda..

Hidup ada bermacam-macam perkara
Saat kamu menyangka bahwa kamu orang yang malang
Ingatlah bahwa masih ada orang yang lebih malang darimu
Apa2 hal yang berlaku sekalipun
Percayalah, percayalah pada Dia 
Allah tidak akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambanya itu
Serahkan segalanya pada Dia 
Doa dan tawakal mengiringi diri

Siapa sangka, semuanya berlaku sekelip mata. Tak pernah sedikt pun dijanhka.

Hari ni, ayah akan menjalani pembedahan jantug. Iena x pernah sangka ayah ada sakit jantung. Semuanya berlaku secara tiba2.

Ya Allah, permudahkan segala urusan ayahandaku..

Sunday 9 March 2014

He knows the best. Just trust Him.. :')

Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang mendatang
Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar
Allah ambik sesuatu untuk didik redha
Sampai masanya,
Allah akan beri sesuatu sebagai ganjaran.
Saat itu,
Kamu akan begitu bersyukur dengan apa yang Allah aturkan ini.
Tenanglah...
Bisik sama hati,
"Ya Allah, aku tahu aturanmu tidak sia-sia"

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : 216
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu. Padahal ia baik untukmu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk untukmu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

Be patience, Darling.. :')

I know you are worried, and have a stressed out of life.
But if your goal is Jannah and you work ever so hard for it, remember once you achieve it there will be no such thing as stress, worry or pain. All you will have is happiness like you have never had it before.
If you want Jannah, it is simple.
Pick up the Quran and follow it, learn the Sunnah and follow it.
May Allah grant us all the company of our beloved Prophet Muhammad (PBUH) in Jannah.

Don't Judge A Book By Its Cover!!! :D

Tetiba malam2 ni teringat dekat Ayong, kakak kawan Iena. Dia friendly sungguh. Dahlah banyak mulut, so senanglah nak sembang dengan dia walaupun Ayong dah form 5, tua 2 tahun dari Iena. Hari jumaat hari tu, stay dekat rumah kedai mak Ayong sekejap. Banyak jugaklah benda yang kitorang sembang. Paling banyak kitorang sembang pasal sorang kawan Ayong ni. Sebelum ni, Iena tak berapa suka dengan dia sebab tiap2 kali Iena jumpa dia mesti dia tengah sembang dengan budak lelaki. Bila sembang dengan Ayong, barulah kenal hati budi kawan Ayong ni. Kawan Ayong ni memang tak pakai tudung labuh sangat, tapi aurat dia, dia tutup sempurna. Ayong cerita yang dalam ramai2 kawan Ayong, kawan dia yang sorang ni je selalu nasihatkan Ayong. Bila Ayong sembang2 dengan lelaki, kawan dia ni selalu ingatkan Ayong jangan over sangat. Ayong kata kawan dia ni jenis pendiam & pemalu. Dengan budak lelaki kelas dia pun dia jarang tegur. Selalunya bila Iena nampak dia dengan lelaki lain rupa2nya budak2 lelaki tu yang nak menggatal dengan dia. Ya Allah, rasa berdosa sangat sebab tuduh dia sembarangan.
Bila Iena renung2kan balik, memang betul orang cakap, 'Don't judge a book by its cover'. Kita memang tak boleh nilai seseorang tu dari penampilan dia je. Tak semestinya orang yang tudung labuh sangat tu baik sangat dan tak semestinya orang yang pakai tudung cukup2 lepas paras dada tu tak baik. Kadang2 ada orang yang tudung labuh sangat2 tu, dia sosial sangat. Sembang dengan lelaki 'semberono' je. Siap ada yang ber'couple' lagi. So, kesimpulannya, kita kena kenal seseorang tu lebih mendalam sebelum nilai dia. Ok, tu pengajaran untuk diri Iena sendiri..

Today I am Sad... :'(

Hari ni rasa sedih sangat... Kenapa? Sebab Iena tak terpilih nak jadi wakil sekolah pergi German. Kawan Iena, Fatin yang dapat pergi. Rasa sedih betul... Rasa cam nak nangis je.
Tapi, tu tak sedih sangat. Yang paling sedihnya bila semua kawan-kawan dengan cikgu Iena berahsia pasal benda ni dengan Iena. Dah 2 hari diorang dapat tahu yang Fatin terpilih pergi German tapi diorang tak bagitahu pun. Kononnya diorang takut Iena terasa. Tapi, Iena rasa bila diorang buat macam ni lagi Iena sedih. Tak patut betul diorang buat mcm ni.
Apa2pun, tahniah Fatin sebab dapat pergi German. Mungkin ini memang rezeki Fatin. Nanti bila pergi German, jangan lupa bawak balik hadiah dari German tu tau. Bawak banyak2 tau. huhuhu..
#x dapat nak tengok Tembok Berlin... (tengok tembok tepi rumah je lah..)

Budak Baru Belajar

Hello.. Assalamualaikum... :)

Hyep. Salam perkenalan. Salam ukhwah fillah. So, Iena baru lagi dalam dunia blogging ni. Kalau boleh lepas ni nak rajin berblog sebab memang ada banyakkk benda nak cerita. Hohhoho..

Blog Iena tak lah famous and glamer macam blog yang dah terkenal tu. Macam blog Hanis Zalikha, Cik Mat Gebu dan yang sewaktu dengannya. Tapi, kalau boleh teringin lah jugak jadi macam diorang tu. huhuhu.. (Berangan je lebih). Takpelah, kita kena pasang cita2 kan...??? Apa2pun, sudi-sudikanlah jenguk2 n follow blog Iena ni ya? Please support me, ok? Yeah!! Luv u all.... 

Wednesday 6 November 2013

Ujian Tanda KasihNya

 
Allah tahu hatimu perit menahan luka,
Allah mendengar doa-doa & tangisanmu meminta,
Namun bukan kerana Dia tidak mempedulikan nasib hamba-hambaNya,
Tetapi sebenarnya Dia sedang memberikanmu yang terbaik,
Walau sebenarnya kamu yang tidak menyedari,
Bukan senang untuk pasrah dan redha,
Hati perlu kuat dan tabah.
Terkadang tiada siapa sangka, terkadang tiada siapa tahu. Apa yang telah Dia rencanakan. Mungkin ia manis. Mungkin juga pahit.
 
Tapi, ketahuilah hakikat Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu yang terbaik. Yakinlah dengan sifat adil Allah. Al-Adil adalah salah satu daripada asma Allah. Itu aqidah yang mesti kita hayati. Allah Maha Adil. Ujiannya sesuai dengan kemampuan seseorang.
 
Setiap orang ada ujian masing-masing. Seorang pun tidak akan terkecuali. Allah timpakan ujian bersama jalan penyelesaian. Kita yang perlu belajar menghadapinya dengan tabah.
 
Apabila didatangi masalah, hadapilah dengan tenang dan tabah. Berfikir positiflah terhadap setiap masalah yang menimpa kerana itu bukti cinta Allah pada kita. Kita harus bijak merungkaikan permasalahan yang berserabut di fikiran satu per satu. Yakinlah setiap satu masalah yang menimpa, Allah datangkannya bersama seribu satu masalah.